followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, June 28, 2012

IKAN KELI MASAK LEMAK DAUN LIMAU PURUT DAN BUNGA KANTAN


baru baru ni dik beradik ipar datang ramai ramai.. x tau nak masak ape jadi menu ini yang akak hidang.. abang biras ku siap puji lagi.. sedap la katanya.. wahal masak simple ala kadar je ni


RESIPI IKAN KELI MASAK LEMAK DAUN LIMAU PURUT DAN BUNGA KANTAN

7 ekor ikan keli - kerat beberapa bahagian
15- 20 tangkai cili api - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
3 cawan santan pekat + sikit air 
2 in kunyit hidup - tumbuk
sedikit serbuk kunyit
2 batang serai titik
2 biji tomato - belah baji
2 kuntum bunga kantan - belahkan
garam secukupnya
2-3 keping asam keping
6 helai daun limau purut

campurkan semua bahan kecuali daun limau purut dan masaklah sehingga mendidih.
setelah itu masukkan daun limau purut, masak lagi hingga mendidih.
siap untuk dihidangkan

1 comment:

  1. salam kak norli,owhh buh daun kantan lg sedap yer kak..x perah cuba lg..biasa buh daun kunyit atau daun limau purut jew..nnt zila nk try jgk la:)

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...