followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, June 26, 2012

IKAN KELI SAMBAL


hari ni akak masak ikut permintaan anak nakkan masak ikan keli sambal.. dia kata dah lama x makan... akak  ni kalau ada ahli keluarga request.. laju je akak masak.. sebabnya senangkan... x payah la nak pikir pikir apa nak masakkan.. mudah dan senang keje akak kannn.....


RESIPI IKAN KELI SAMBAL

2 ekor ikan keli - kerat dua - garam kunyit dan goreng garing
12 tangkai cili kering - blend
1 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sm sos tiram
sedikit belacan 
sedikit gula
1/2 cawan air asam jawa
sedikit garam
minyak untuk menumis

panaskan minyak untuk menumis
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili blend. masaklah sehingga naik minyak
kemudian masukkan air asam jawa, kacau rata hingga mendidih
bila hampir kering masukkan ikan keli goreng, sos tiram, sedikit belacan, gula dan garam.
masaklah sehingga hampir kering dan sebati


kegemaran anak ni...

2 comments :

  1. Mama selalu masak ikan keli goreng sambal ni untuk Ayah..Dia sangat suka..Boleh di katakan selang 2-3 hari mama akan buat..Dia kalau ada ikan keli ni ikan lain dah tak nampak dah..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...