followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, June 24, 2012

BENDI GORENG TELUR


masakan yang simple tapi sedap.. meratah pun sodap.. rasa bendi goreng rangup ni lemak lemak telur gitu... oleh kerana ada masukkan telur sebaiknya masakan bendi ni biarlah kering seperti ni baru ia terasa telur.. jangan guna minyak banyak nanti telur jadi berminyak dan bendi kurang rangup


BENDI GORENG TELUR

Bahan-bahan ( 2 - 3 org )

15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telor - dipukul
Bahan kisar
2 - 3 cili merah dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
* sedikit garam & perasa
minyak utk menumis
Cara-cara

Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
Siap utk dihidang.. senangkan


sedap dan mudahnya memasak...

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...