followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, June 29, 2012

MAMEE LAPAR


dah hampir tengah malam che abe dia terasa lapar.. dan request nak makan mee maggie... akak sebenarnya malas nak pegang kuali dah.. yang tau hanya nak melayan mata yang hampir berat ni je... tapi kesian pulak dia... akak ke dapurlah juga.. untuk menyediakan menu ringkas untuknye...
tu la... bila siap je.. akak pulak pantang nampak.. 1/2 pinggan jugaklah akak bedal.. hehehe.. kesian tengok mee ni banyak sangat.. akak tolong la habiskan.. ekekeke...


 beginilah masakan maggie goreng simple yang akak masak di tengah malam....


RESIPI MAGGIE GORENG
3- 4 orang

2 bungkus mee maggie - celur sekejab
1 keping fish kek - hiris nipis
1 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sb serbuk cili + sedikit air
1 sb udang kering - tumbuk
2 sb kicap mee
2 sb cili sos
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
sedikit minyak menumis

hiasan:
sedikit daun bawang
sedikit bawang goreng
1 biji cili merah - hiris

panaskan minyak dan gorengkan bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan udang kering.
di ikuti fish kek dan kicap serta sos dan kacaulah sehingga sebati.
masukkan mee maggie kacau rata.
masukkan serbuk pati ayam dan sedikit garam. 
akhir sekali masukkan cili merah dan gaul rata.
angkat dan hidangkan di dalam piring serta taburkan bawang goreng dan daun bawang hiris.
sedia untuk dinikmati panas panas.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...