followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, March 16, 2012

NASI LEMAK TUMIS


pagi ni sarapan dengan nasi lemak tumis... waa.. sedap bangat. biasa juga buat nasi lemak yang bertumis dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan sebagainya.. kali ni buat x mau campur kaler kaler.. nak biarkan ia nampak asli je..
setiap kali kalau nak makan nasi lemak buatan sendirik ni wajib makan dengan papadum.. krup krup tu yang bestnya tau..


RESIPI NASI LEMAK TUMIS

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

3 cawan beras - akak guna beras siam jasmin je..
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

hiasan nasi akak:
timun jepun
papadum goreng
kacang tanah goreng
ikan bilis goreng
telur mata
sambal tumis kosong



Cara-cara

Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.
bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n garam.
pastu masak seperti nasi lemak biasa..
hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...