followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, March 6, 2012

MASAK LEMAK CILI API DAUN LIMAU PURUT


 bermula malam ni hingga hari sabtu adalah hari hari yang sangat luar biasa.. akak bizi sebenarnya.. sekarang ni sedang menunggu biskut masih di dalam kebakaran x taulah cane kejadiannya nanti.. esok baru bercadang nak dekorkannya.. bila siap sepenuhnya insyaallah akak akan masukkan kat sini...
untuk hari ni hanya masak ini yang dapat akak sajikan untuk keluarga... 


RESIPI MASAK LEMAK CIPI API DAUN LIMAU PURUT

3 ekor ikan (sebarangan yang sesuai)
12-15 tangkai cili api - tumbuk
2 batang serai - ketuk
5 tangkai kacang panjang - patah patahkan
2 biji tamato - belahkan
3 helai daun limau purut -koyakkan
sedikit serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
2 keping asam keping
sedikit garam


didihkan bahan tumbuk santan asam keping dan serbuk kunyit serta serai.
setelah itu masukkan ikan garam dan kacang panjang.
didihkan sebentar barulah masukkan tomato dan daun limau purut.
sekali lagi didihkan sambil sentiasa dikacau.
tutup api.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...