followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, March 15, 2012

iKAN TERUBUK MASIN DARI SERAWAK


siapa suka ikan terubuk masin ni... kalau suka boleh jadi geng akak yee...
akak bukannya pandai sangat nak masak cara lain selain dari camni.. goreng simple camgini pun lapo dibuatnya... x sabo nak cari nasi.. ekekeke...
ikan ni telah diberi oleh staff mr Hubby yang kebetulan ibunya datang ke Perak...

meh tengok cara akak hehehe..

RESIPI IKAN TERUBUK MASIN GORENG

1 ekor ikan terubuk masin - goreng garing sikit
cili api secukupnya - hiris nipis
1 biji bawang holland - belah 2 / potong melintang kasar kasar
sedikit perahan jus limau
sedikit minyak goreng

setelah ikan terubuk garing ketepikan dan goreng semua bahan lain.
setelah layu masukkan semula ikan terubuk tadi. gaulkan sekejab hingga sebati dan angkat.
sedia untuk di makan... aii.. x sabolah wehhh...

** bagi akak sedap guna bawang biasa lagi..

bukan ikan saja yang akak dapat tapi pes yang popular dari Hj Manan ni juga...
akak pernah 2 kali membuat laksa serawak ni.. masa tu akak buat pes laksa serawak sendiri sebab susah nak dapatkan pesnya di sini...
nanti bila bila masa yang sesuai.. akak nak cuba pes ori yang ni pulak.. hehehe
 pernah akak buat banyak untuk buat jamuan openhouse raya mengundang JW dan rakan rakan sekolah anak... sampai ada yang requeast suruh akak buatkan untuk jamuan perpisahan akhir tahun sekolah anak.. kesian.. akak buat jugak.. dorang suka rupanya.. wahal masa tu akak baru jek belajar buat pes.. huhuhu..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...