kuih lama yang jarang di temui.. kebiasaannya orang jual di bulan ramadhan.
Sebenarnya kuih ni telah di kongsi resepi oleh ahli Jiran Wanita sendiri iaitu puan Norliza dari U4.
kuih ni sangat sedap dan lembut. wp ada yang sangka kuih ni sama dengan kuih tepung pelita sebenarnya agak berbeza. kuih tepung pelita ianya ada dua lapisan.
di sini akak sertakan step by step untuk membuat sampul kuih jongkong ni. ianya amat berlainan dengan acuan kuih tepung pelita (di Perak kuih tepung pelita ni di kenali sebagai kuih Limas)
RESIPI KUIH JONGKONG
2 cawan tepung gandum
RM 3 santan pekat + sedikit air
gula secukupnya
sedikit garam
air kapur (sikit saja)
pewarna hijau @ air daun pandan
daun pisang secukupnya (sebagai sampul balutan kuih ni)
bancuh tepung gandum dengan air pandan sehingga likat sedikit dan masukkan garam secukup rasa serta sedikit air kapur. gaul sebati.
masakkan adunan tepung sehingga pekat. kemudian tuangkan kedalam bekas yang besar. ketepikan.
sementara menunggu sejuk mulakan membuat lipatan sampul untuk acuan kuih jongkong ikut step by step di dalam gambar ni. * buatlah sebanyak mungkin.
- masukkan sedikit gula ke dalam bekas lipatan sampul daun pisang.
- masukkan sepotong adunan jongkong.
- tuangkan sedikit santan yang di campul air tadi.(agak agak sendiri)
- lipat acuan daun pisang tadi dan stepplerkan.
* buatlah sehingga habis semua adunan.
- susunlah di dalam pengukus lalu di kukus sehingga masak.
masukkan sedikit adunan gula pasir dan di ikuti sepotong adunan kuih jongkong
kemudian masukkan sedikit santan ke dalamnya
lipatkan sampul daun pisang
stepplerkan dan susunkan di dalam pengukus
terima kasih banyak2 pada kak norlie sudi kongsi resepi ni....:) moga akak dan kawan2 dimurahkan rezki yg berpanjangan....:)
ReplyDeletesaya suka step balut kuih akak tu..senang kalau buat begitu....saya hari tu main agak2 je...hhehhe
saya pernah buat kuih ni tapi guna tepung beras...itu pun saya dah olah resepi nya dan memang sedap..teringin nak cuba yg tepung gandum ni pulak..org perak memang suka kuih berasaskan tepung gandum...hehhehe...
terima kasih ye kak..:)
quinnie.. cuba tau jangan x cuba..
ReplyDeleteAir pandan tu brape liter?
ReplyDeleteAir pandan tu brape liter?
ReplyDelete