followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, November 3, 2011

AYAM MASAK MERAH


bila anak sedang bercuti seronoklah sikit nak masak masak ni sebab ada orang yang habiskan masakan akak ni.. kalau x tu.. lelah jugalah akak nak perabiskan... huhuhu


RESIPI AYAM MASAK MERAH


1 ekor ayam - di potong kecil dan di bersihkan lalu di gaulkan garam dan kunyit.goreng 1/2 masak.
6 biji bawang merah   }
2-3 biji bawang putih } di mayang
1" halia                      }
1 batang serai - di ketuk
2 sudu cili serbuk
1 mangkuk kecil sos tomato 
air secukupnya
garam gula
minyak untuk menumis

 hiasan - jika suka
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji tomato - potong baji

panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam td.
tumislah bahan yang di mayang hingga naik bau.
masukan cili serbuk dan sedikit air serta serai.
masukkan ayam dan gaul hingga ayam sebati.
tuangkan sos tomato dan biarkan hingga mendidih.
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

* jika suka bolehlah masukkan bawang bulat dan buah tomato sebagai hiasan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...