followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, November 27, 2011

ROTI GORENG SOSEJ

bila akak ternampak je kat blog dan fb oranglain terus rasa nak mencuba roti goreng sosej ni.. memang nampak memikat selerakan... tapiiiiiiiiiii bila akak dah buat anak ambil seketul sorang jek.. dorang x suka rupanya... mungkin orang yang ade anak kecil mungkin dorang sukalah agaknya.. tapi anak kita dah dewasa ni hampeh semuanya... sian kat roti akak yang x berapa nak laku tu... sebab anak suka yang ada rasa pedas dan manis sedikit.. bukannya rasa keju ni...



ROTI GORENG SOSEJ
Sumber Asal : Majalah Rasa
Olahan : Ayu Jalinan Rasa(fb)

BAHAN-BAHAN:
4 batang sosej
4 keping roti
1 biji telur - size kecil sekali (kalau guna telur Gred A @ size L & M, ½ biji pun dah cukup)
4 sudu makan oat- akak gantikan dengan serbuk roti
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. Kukus sosej selama 10 - 15 minit.. (Ayu kukus 15 minit)
2. Sementara menunggu sosej dikukus, pukul rata telur dengan garam.. Ketepikan..
3. Gelek roti hingga nipis dan ketepikan..
4. Setelah sosej masak, ambil sekeping roti yang telah digelek tadi dan letakkan sosej diatasnya dan gulung..
5. Gamkan dengan sedikit sapuan telur dihujung gulungan agar tidak terbuka semasa digoreng..
6. Buat hingga habis semua roti dan sosej tadi..
7. Celupkan ke dalam telur..
8. Golekkan dengan oat/serbuk roti sehingga rata..
9. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan..

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...