terlebih dahulu nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT AILDIL ADHA... pada hari ahad ni..
esok.. sebelum menjelang subuh akak akan berangkat ke Pahang untuk beraya bersama kakak ipar yang sulung.. sebenarnya kakak ipar ni telah akak anggap ia sebagai pengganti ibu yang telah tiada... raya Aidil Fitri dulu x berkesempatan untuk kami bertemu.. kebetulan kak ipar dari KL pun nak beraya di Pahang juga jadi Insyaallah jika di izinkan Allah dapatlah kami berkumpul bersama dengan kakak kakak ipar serta anak buah yang lain..
ok.. jom layan dengan resepi biskut akak ni..
jika mengikut resepi asal biskut ini berbentuk bar sebab itulah di beri nama Chocolate Toffee Bar tapi oleh kerana akak x memiliki acuan tu maka akak telah ubahkan biskut bentuk ni je.. nampak cantikkan..
biskut ini juga adalah di antara biskut terbaru tahun ni 2011.
jom kita layan resepi terbaru ni...
RESIPI CHOCOLATE TOFFEE BAR - 2011
A)
125 g mentega
60 g brown sugar
1 st vanila
B)
150 g tepung gandum
40 g tepung jagung
20 g tepung kentang
30 g serbuk badam
2 sm nestum - kisar
1/4 st baking powder
HIASAN:
kuning telur
coklat putih dan coklat masakan.
satukan ke semua bahan A lalu diputar sebati.
masukkan bahan B lalu diadun rata.
canaikan lalu diterap dengan acuan khas.
sapu kuning telur.
bakar pada suhu 150'C selama 15 minit.
setelah sejuk celupkan separuh bahagian dengan coklat putih dan separuh lagi dengan coklat.
No comments :
Post a Comment