followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, November 30, 2011

KARI UDANG ALA THAI..


akak pernah masak masakan ni dulu masa mula mula belajar berblog dulu..... memang kaw kaw sedapnya... x percaya boleh cuba ye.. masakan pebret keluarga akak.. ia bukannya tomyam wp bahan bahannya seperti tomyam tapi lebih sedap tau.
kalau kari orang mesia menggunakan rempah tapi yang ni x masuk pun..
kali ni akak x sempat nak hias cantik ketika snap sebab nak cepat... dah ada yang menunggu masakan ni untuk di tapau.. hehehe.. (katanya.. dah x tahan dengan bau masakan yang semerbak ni...)


RESIPI KARI UDANG ALA THAI

500g udang sederhana besar - buang kepala/bersihkan
4 sb minyak masak

ketuk:
3 batang serai
4 hiris lengkuas
4 hiris halia

4 helai daun limau purut
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 biji bawang besar - di belah 4
2 biji buah tomato - di belah 4
3 sb jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam- akak lupa nak letak
sedikit garam, gula
perasa jika suka - akak x letak pun

mesin:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
5 biji cili padi
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1/2 sb belacan

panaskan minyak. tumiskan bahan mesin, kacau hingga naik bau.
masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, kacau lagi hingga sebati dan masukkan santan.
masak lagi hingga naik minyak dan mendidih.
masukkan udang, garam, bawang, tomato, gula.kacau selalu.
apabila udang masak masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar.terus tutup api.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...