followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, November 18, 2011

RENDANG DENDENG


petang ni akak nak balik kampung suami.. sebab esok nak g hantar anak masuk UiTM semula.. dah habis cuti sem 6 minggu.. mujurlah selama cuti dia dah lulus lesen memandu keta dan dah dapat lesen full.
oleh kerana nak balik kampung jadi akak buatkan sedikit juadah untuk anak dan kakak ipar di kampung.
rendang dendeng yang menjadi pebret keluargaku... akak syorkan kalau nak buat rendang dendeng ni mestilah time betul betul fullmood rajin baru laju je membuatnya... tapi bagi akak kalau rasa nak makan jangan tunggu tunggu lagi.. buat je terus nanti langsung x buat punyer.. kalau nak tau... resepi rendang ni tersangatlah sedapnya.. dan bahannya mudah lagipun x guna banyak bahan, jadi.... kalau nak tau kesedapannya meh cuba...!!


RESIPI DENDENG 

1 kg daging batang pinang - rebus 4-5 ketul besar dan di potong setebal 1/2cm dan lebar 2-3 inci panjang (potong ikt urat sebab nak di tumbuk)
kemudian daging ditumbuk supaya lembut dan perap dengan kicap selama 1 jam (* jika x mahu masakan jadi hitam gelap daging bolehlah diperah untuk toskan kicapnya)

bahan kisar:-
30 biji cili kering - buang biji, rebus (untuk hilangkan pedasnya)
20 ulas bawang merah (lebih pun boleh)
6 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas

1 cawan kicap pekat
2 cawan minyak
2 sb air asam jawa
2 ab gula (ikut rasa)
garam (rasa dulu sbb ada kicap)
air rebusan daging


panaskan minyak. gorengkan daging yang di perap kicap tadi dengan api yang perlahan dan jangan terlalu garing, angkat dan toskan lalu diketepikan.
panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing. masukkan daging, air asam jawa, gula, masukkan air rebusan daging biar mendidih hingga daging lembut
** jika daging masih liat bolehlah tambah 3-4 cawan air hingga daging lembut
** daging tumbuk dulu baru di perap kicap.

yang ni baru di goreng kicap dan di ketepikan.

6 comments :

  1. Assalam Norlie,
    menu begini memang sangat sedap...selalu makan, (orang kampung suka buat masak kenduri) tapi tak pernah buat sendiri...

    ReplyDelete
  2. wah menarik ni kak..saya biasa masak dendeng tapi guna resepi lain skit dari akak ni..rsepi akak ni simple..senang je nak buat nih..:)

    ReplyDelete
  3. wkslsm amie...try la buat..sy rasa simple je resepi ni..tapi sedap!

    ReplyDelete
  4. quinnie.. akak dapat resepi ni dari makcik Yun x jauh dari umah akak, cik Yun ni yang suatu ketika pernah forfular dengan kek fondant dalam majalah SAJI dalam th90an

    ReplyDelete
  5. kak. minta syer resepi ya. nk try buat.

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...