kebiasaannya setiap kali akak masak masakan ni akak menggunakan ayam sahaja tapi kali ni akak try guna udang.. walla... sedap banget ni.. 1 family akak sukakan masakan ni.. pernah dulu kawan datang bercuti ke rumah akak.. akak masakkan masakan ni.. waaa.. suka benor dia... sangkanya akak masak tomyam tapi akak kata bukan tomyam tengok warna kuahnya pun berbeza.. cuma bahannya seakan sama dengan bahan tomyam..
masakan yang amat senang di buat sebab hanya ketuk ketuk saja bahannya.. tapi rasa sedap!
masakan yang amat senang di buat sebab hanya ketuk ketuk saja bahannya.. tapi rasa sedap!
UDANG SOS TIRAM BERKUAH
Moh Weh ke Dapur saya
1/2 kg udang sederhana besar - di bersihkan
bahan ketuk:
2 batang serai
1" halia
2 ulas bawang putih
15 biji cili api - belah 2 x putus
2 biji bawang - besar belah 4
3 helai daun limau purut
1 biji tomato - belah 4/6
3 sb sos tiram
air ikut kepekatan
+ sedikit tepung jagung - dibancuh dengan air
garam
cendawan tiram koyak2kan @ cendawan tin - hiris nipis
*sayur pilihan - kobis/karat
sedikit minyak menumis
panaskan minyak
tumis bawang putih, serai hingga wangi.
masukkan udang, daun limau purut.
bila udang setengah masak masukkan sos tiram, bawang besar, cili api, air, bancuhan air tepung jagung, garam(rasa dulu sebab dah ada sos tiram).
biarkan mendidih sekejab dan masukkan cendawan. gaul rata.
tutup api. sedia di hidangkan panas panas.
* kuahnya mesti pekat sebab di masukkan tepung jagung.
No comments :
Post a Comment