followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, November 15, 2011

SINGGANG DAGING ~ RASA NOV 2011


hari memang mencabar betul akak rasa... sebenarnya akak baru je buka tenet ni.. apa yang akak katakan tadi mencabar kerana selama 4 jam ketiadaan eletrik terasa akak baru kuar dari sauna.. huhuhu. yang x seronoknya tu fikiran akak pun turut sama x aktif.. rasa macam x cukup udara, jadi letih semacam.
dah la.. akak baru je nak sihat dari demam.. suara pun masih ala ala rock..


bebalik kita tentang menu yang akak masak ni.. di beri nama Singgang Daging.. sebenarnya akak ni bukannya suka sangat dengan singgang daging ni sebab setiap kali akak mencuba kurang menepati citarasa pada tekak akak.
tapi.... tapi kali ni hati akak kuat untuk mencuba resepi ni setelah akak membelek majalah RASA keluaran November 2011 ruangan "menu orang bujang". markah yang di perolehi oleh adik Nurul Ain Abdul Rahman ni dapat full 5 bintang membuatkan akak minat untuk mencubanya...
Alhamdulillah... memang x rugi mencubanya... sedap dan secukup rasa.. terimakasih buat adik ni....


RESIPI SINGGANG DAGING
dari majalah RASA november 2011
resepi adik Nurul Ain Abdul Rahman

500g daging - hiris halus

bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas

1 bungkus sup bunjut
1 keping asam keping
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan rempah:
1 st ketumbar
1 st jintan manis
1 st lada hitam

bahan yang akak tambah sebagai hiasan:
kulit kayu manis
hirisan karat
bawang goreng
hirisan daun bawang 

masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan didihkan.
kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.
setelah itu, masukkan pula sup bunjut dan asam keping. kacau rata.
masukkan pula bahan rempah yang di tumbuk halus tadi.
akhir sekali, masukkan hirisan daging dan didihkan sehingga empuk. parasakan secukupnya. 
sedia untuk di nikmati bersama nasi putih

2 comments :

  1. as-salam
    tak pernah masak SINGGANG DAGING..npk sedap!!!

    ReplyDelete
  2. Assalam Norlie,
    bagus juga tu...dapat bersauna,kurang lelemak... he hehehh,
    suka makan daging masak singgang, tapi tak pernah buat, ada tak lagi daging dalam peti ais ye... macam nak try masaklah...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...