followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, January 12, 2012

AYAM KALIO


akak jarang masak kalio ni.. tapi hari ni hati akak kuat sangat untuk mencuba masakan ni... eeerrrrmmmm... sedap rupanya... x rugi juga mencuba... bahan pun senang dan simple je. bagi akak ianya secukup rasa semuanya... ape ape pun memang best... layannnnnnnnnnnnnn..

AYAM KALIO

seekor ayam
halia 1cm(lebih kurang) dikisar
4 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1/2 cm kunyit dikisar ( ni nak bagi balance supaya kurang risiko kena sakit jantung sebab makan santan banyak)
2 batang serai(diketuk)
3 keping daun limau purut(nak lebih boleh tapi jgn banyak sangat nanti maung)
2 keping asam gelugor (kalau nak masam letak lebih, biasanya saya letak lebih sebab saya suka masam)
Cili kisar(cili boh pun boleh, tapi nak sedap elok guna cili kisar sendiri sebab takde bahan campuran lain)
1 1/2 biji santan kelapa (nak guna sebiji pun boleh saya suka buat kuah pekat)
cili api (tambahan kepada sesiapa yang nak pedas)


Cara cara:
Satukan semua bahan yang dikisar bersama santan, serai dan cili kisar
Masukkan ayam
Kemudian jerang atas api, kacau santan supaya tak pecah minyak
Masukkan daun limau purut
Bila santan dah separuh masak, masukkan asam keping dan masak sehingga santan betul-betul masak
P/S: Kalau nak lauk bersantan tahan lama, masakkan santan lama-lama barulah lauk ni tahan lama
Biasanya kalau saya masak ayam kalio ni, saya akan pastikan masakan ni pedas dan masam sikit baru ada ummph.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...