followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, January 11, 2012

SAMBAL HIJAU


resipi ni akak ambil dari majalah RASA.. penyumbang resepi ni adalah penyanyi Juliza Adlizan 80an.. rupanya juliza ni telah menerbitkan sebuah buku masakan berjudul "Selera Juliza Adlizan" tapi akak belum lagi ternampak bukunya kat mana mana kedai lagi.. kalau ada resepi yang menarik akak pun teringin nk menyimpan sebagai koleksi buku masakan..
apa yang menariknya tentang resepi sambal hijau ni ia menggunakan cili api, cili hijau dan lengkuas. yang biasa kita masak tu menggunakan cili kering je.. 
tapi yang jadi x menarik tu warna sambal hijau akak ni kenapa x jadi hijau... mungkin kerana akak tumis sampai garing sangat jadi cili bertukar warna gelap sikit.. yang best tu sebab ada petai.. huhuhu.. akak sorang je yang makan... sebab oranglain semua x suka petai ni.. wp dorang x suka.. tapi akak tetap masak gak sebab sendiri yang nak makan.. hehehe.. antu petai.. ngeeee...


RESIPI SAMBAL HIJAU
RASA oct 2011

15 ulas isi petai - belah 2
200 g ikan bilis - rendam
2 biji bawang besar kuning/holland - di mayang
sedikir jus limau nipis
garam secukupnya

 bahan tumbuk:

5 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
5 ulas bawang merah
2 cm lengkuas

panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
kemudian masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga sebati.
masukkan petai, bawang besar, jus limau nipis serta garamsecukup rasa.
gaulkan hingga rata dan kemudian angkat


3 comments :

  1. kak norlie..sempoi la resepi ni..saya suka..sebab senang nak masak..hahhaha...mesti sedap nih...nasi leh bertambah kalau lauk cam gini...saya sukeee...hehehe

    ReplyDelete
  2. akak boleh geng ngan anak sulung saya yang antu petai...hehehe....semalam kat pasar borong petai satu papan rm1.00 (mahal laaaaa....)...saya tak beli pun sbb takde ati nk beli/masak...org lain tak makan...

    ReplyDelete
  3. salam K.norlie..klu atie buat sambal ni mmg bertambah..tambah la ciliapinya,lg pedas lg best:D

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...