masak sayur kobis ni kerana nak habiskan stok.. hari ni akak nk masak menu ulang tayang iaitu kalio sayur yang pernah akak masak dulu.. sayur ni adalah masakan mamak penang. kepada sesiapa yang sukakan masakan mamak bolehlah mencuba masakan ni...
RESIPI KALIO SAYUR
A) bahan tumis:
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
B)
1 st serbuk kunyit }
1 sm rempah kurma } dibancuh dengan sedikit air
1 st serbuk lada sulah }
1oog hati ayam + pedal - dipotong kecil
garam secukupnya
1 cawan air
C)
500g kobis - dihirs
1 labu bawang besar - dimayang
2 tangkai sili merah - dihiris serong
1/4 cawan santan - jika suka
panaskan minyak lalu tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar.
kemudian masukkan bahan B.
masak hingga pecah minyak lalu masukkan hati/pedal, air garam.
setelah hati masak barulah dimasukkan ke semua bahan C.
masaklah hingga kering.
salam..biase dengar kaalio ayam.x sangka ada juga kalio sayur..menarik resepi ni.leh cube nnti :)
ReplyDeleteNoorsha.. resepi ni akak belajar dari salah satu resepi kelas masakan penang..
ReplyDeletejakun tun nengok nyer.. hihi..
ReplyDelete