followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, May 26, 2011

ROTI SADIN


memang sedap makan roti sadin ni... sekali makan memang x cukup sebiji.. tau x... akak boleh makan hampir 3 biji sekali gus.. huik.. x dasyat ke tu.. canelah nak diet kalau macam ni... huhuhu.. pantang nampak di depan mata semua nak!!
roti ni amat lembut walaupun dah sejuk sebab tulah akak suka benor.. kena buat lagi selepas ni.. akak suka!!



Roti Sardin

  • 10 ketul bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 biji cili merah ~ dicincang
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 biji telur
  • minyak
Untuk Inti:

  • Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  • Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  • Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  • Ketepikan.
Cara- Cara, boleh lihat DISINI.
  1. Potong dua bun burger.
  2. Toreh bahagian tengah tapi jgn sampai tembus ke belakang
  3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  4. Masukkan inti sardin ke dalam bun tadi dan buat la sehinga habis.
  5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti tadi sahaja.
  6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  9. Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
  10. Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya

2 comments :

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...