followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, June 24, 2011

MASAKAN CENDAWAN CICHO


atas permintaan mr laling ni kali ke dua akak masak cendawan ni.. kerana ape..? kerana suka rasanya dan sedap!
Akak beri mak sedara rasa masakan ni mati mati dia kata akak buat rendang daging @ serunding.. puas akak menafinya... dia kata sedap makan dengan nasi impit dll.. sebab kali ni cendawan ni agak kecil bentuknya.. bila akak tumbuk kasar2 tetap jadi hancur semuanya.. tu sebablah ia dah macam serunding rupenya..


RESIPI CENDAWAN CICHO - (nama yang diberi dalam majalah Saji tu ye..)
Saji Feb/01



1 cawan cendawan cicho - (sepinggan rm2 akak beli 3 pinggan sbb nampak sikit.. lagi pun kali ni cendawan jenis kecil) - rendam kembang, basuh dan ramas ramas sikit sambil di cuci bersih dan di tumbuk kasar

tumbuk kasar:
100g ikan bilis
50g udang kering

kisar:
5 ulas bawang merah
3 cawan santan pekat

3 cawan santan pekat
1/2 bungkus rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
2 sb kerisek
2 keping asam keping
15 tangkai cili api(ikut kepedasan sendiri) - kisar halus
1 batang serai -di ketuk pangkalnya
1-2 helai daun kunyit -koyak koyakan (akak tambah)
minyak menumis
garam


panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik aroma. masukkan ikan bilis dan udang kering.
masukkan rempah kari dan cili api, kacau sehingga sedikit garing.
masukkan kerisek, serai dan  asam keping, kacau sebati.
masukkan cendawan , kacau sebati kemudian tuangkan santan.
kacau dengan api perlahan hingga pekat. masukkan garam.
tutup api dan sedia untuk di hidangkan

* sedap makan dengan ape saja.. sekurang kurangnya nasi panas pun jalannnnnn.. hihihi........

4 comments :

  1. ni kalau kot sebelah kedah panggi kulat sisir...kulat yg kecik2 kale coklat tu kan kak...husband fiza pun suka makan ni...tapi fiza x pernah makan dan x pernah beli...mak fiza pun suka...he he he

    ReplyDelete
  2. Salam norlie,Akak rasa kalau goreng dgn telur ,campur bawang besar dan cili banyak2,mesti jadi telur dadar yang sedap ni.Nak cuba cari lah kak pasar malam.Tak pernah masak cendawan ni.

    ReplyDelete
  3. hafizah.. susah nak dapat dh cendawan sisir ni.. kalau jmpa trylah buat.. sedap ni tau.. seakan rasa rendang gitu

    ReplyDelete
  4. puan ros.. try la cari kat pasar malam @ pasar tani.. akak x nah buat cam tu lagi.. puan ros try buat nnti bagitau akak cane rasanya.. tapi akak rasa pun sedap juga tu..

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...