followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, May 24, 2011

IKAN TALAPIA BAKAR CICAH AIR ASAM


Akak kalau masak ikan bakar ni memang x cukup pinggan akak makan.. nak cerita pun segan hahaha.. 

sejak akak ada blog ni kerajinan memasak rasanya berlipat ganda.. dah macam "terikat dengan blog", hari hari kena ada menu yang nak di tayangkan x kiranya wp menu ulangan.. yang sebenarnya kalau ada siaran ulangan makna masakan itulah yang tersedap dengan citarasa kita.. tul x?! bukan bererti idea dah tumpul. akak pun x de niat nak berlumba lumba.. tapi kekadang akak tergelak sendiri orang yang berblog ni semua masak "tengok resipi" termasuklah akak sendiri.. muahahaha.. mungkin kalau ada orang yang mengintai mesti kata x tau masak ke.. asyik asyik ..buka buku dan kejab kejab jenguk buku.. huhuhu.. time sedara mara datang tidur segan jugak akak!! kalau setakat mr hubby yang tengok... ahh.. biaq pi la.. dia jugak yang nak makan!


 RESIPI IKAN BAKAR

ikan talapia bakar - garam kunyit dan bakar

AIR ASAM:
tumbuk:
1 biji cili merah
3 biji cili api
sedikit gula 
sedikit garam
sedikit belacan - wajib ada

hiris halus:
1 biji tomato segar
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris melentang
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar sos tomato
3 biji limau kasturi - ambil jusnya.

gaulkan bahan hiris termasuk bahan tumbuk.
ramaskan sikit kemudian rasa masam manisnya.
siap.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...