followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, February 20, 2012

ATVT JW - SERUNDING IKAN BILIS


serunding yang sedap dan secukup rasa.. amat sesuai di makan bersama dengan nasi panas. resepi ini telah di kongsikan oleh rakan JW iaitu puan Nora Nordin. jom cuba sebab akak rasa ada kelainan cara membuatnya.. sejukkan dulu baru di masukkan bawang yang telah di goreng. gaulkan saja ye..
ape jua cara di masak wp berbeza.. tapi.. yang penting sedap!!


RESIPI SERUNDING IKAN BILIS
JW Puan Nora U5

1/2 kg ikan bilis
1/2 kg bawang kecil - goreng kekuningan (jangan guna bawang goreng yang beli x sedap)
1 1/2 cawan minyak - untuk menumis cili
3/4 cawan gula
1 sb asam jawa + 1 cawan air
10 sb cili kering - blend dan sukat

1- mesin ikan bilis
2- panaskan minyak, tumis cili dan gula
3- masukkan air asam jawa, garam kemudian masukkan ikan bilis
4- kecilkan api dan di rendang hingga garing dan berderai.
5- sejuk dan tambahkan bawang goreng(kekuningan). hanya digaul hingga rata (x perlu di panaskan semula selepas masukkan bawang goreng)

2 comments :

  1. salam....mesti sedap serunding ikan bilis nie boleh di buat letak atas roti ,nasi maupun bekal. Saya suka nie.

    ReplyDelete
  2. akak saya pernah makan serunding ni kak..memang ada org buat niaga...setengah tu letak kacang goreng..memang sedap..lagi pun tahan lama...hehehe

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...