ok.. jum kita lihat donut ni... jangan lihat rupa bentuknya.. sebab akak buat nak cepat... sebab pagi ni akak nak bergegas balik ke Penang sebab anak di UiTM jatuh.. tangan terseliuh.. nak bawa balik kampung g berurut...
ada lebihan masak labu semlam akak try buat donut labu ni... cari kat google lastnya ternampak kat umah yatie.. madiha.. dan izah... nampak gebu je donut dorang ni.. hati terus terpikat.. nak buat.. nak buat gak.. inilah hasilnya... wp x secantik donut dorang.. akak x blend labu tu, buat cara manual je.. lecek dan semua uli dengan tangan jek.. rasanya walla... kompom sedap...
RESIPI DONUT LABU
yatie/izah/madiha
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus (saya tak blend tapi saya lecek halus je)
1 ½ cawan air suam (saya kurangkan dari jumlah ni, dlm 1 cwn je...tapi saya letak sikit2 semasa menguli adunan.)
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak (saya guna 2 sudu besar butter)
1 biji telur (saya tambah)
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
secubit garam
Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Cara2 Menyediakan [Menggunakan bread maker (BM)]
Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM.
Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.
Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.
Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
[Menguli dengan tangan / Cara manual]
Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)
Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Membentuk doh
Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
Cara Yatie
=> Saya uli adunan guna tangan je...jadi saya letak air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Manakala labu saya tak blend tapi saya lecek halus je..
=> Masa nak membentuk donut, tngn sedikit lekit, hendaklah sentiasa sapu tepung pada tangan kita supaya mudah membentuk....bulatkan dan leperkan sedikit.
Bila dah naik dlm 20 minit, barulah lubangkan kat tengah2 donut dan tarik2 sedikit lubangnya.
Setelah siap, bolehlah goreng dlm minyak yg panas dngn api sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan....bolehlah di salut dngn gula halus atau coklat cair.
Kakak memang tak pernah pun buat donut, tapi kalau membeli tu memang selalu... kalau yg celup coklat tu lagilah anak-anak kakak suka..
ReplyDeleteTengok donit labu nie pun dah kecur...
mmg gebu kejadian donat ni. tun dh lama x mendonat, teringin pulak. puri labu ada lg duk frozen tu.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Norlie,
ReplyDeleteterliur pagi ni tngk donit labu yg gebu..sedap kalau wat sarapan...cuaca mendung ni malas nak ke dapur. meh bagi yatie 3 ketoi wat rasa je...he3..
Donut ni kesukaan anak2.. tp belum try donut labu.. :D
ReplyDeletedonut labu pernah buat sekali. mmg lembut dan gebu.
ReplyDeletehttp://alamroon.blogspot.com/2012/02/kerabu-keladi-bunting.html
Memang gebu la..nak satu.
ReplyDeletedonut labu memang sedap..tapi saya lepas makan jenuh pulak melayan angin putar kat dlm perut...hahahha
ReplyDelete