followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, February 14, 2012

PARU GORENG BERLADO



kalau tadi khas untuk makanan mr hubby.. tapi kalau nak tau paru goreng berlado ni pulak peberet akak la wehh... hubby akak dah dapat makan tauhu tadi.. x dia pandang yang lain dah... lagi pun paru ni bukan kesukaan dia pun.. sentuh pun tak.. akak masak, akak makan sorang.. sorang je la.. bila akak nak makan akak panaskan semula.. bagi garing sikit kemudian akak ratah je.. paru ni sebelum goreng nampak banyak.. bila dah goreng kecut... dapatlah sepiring.. tu pun lebih dari cukup!



pernah juga akak masak paru dulu.. resepinya di sini.. ada perbezaan sikit.. 2-2 sedap tapi resepi lama ade rasa berempah jika di bandingkan dengan resepi ni..
pada tuan punya resepi asal ini maaf ye akak ada juga akak tokok tambah sikit...

RESIPI PARU GORENG BERLADO

Bahan-bahan ( 1 keluarga )

1 1/2 mangkuk / 1/2 kg paru siap direbus dengan sedikit halia – potong nipis dan toskan
1 cwn cili kisar
2 inci halia *
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili merah – dipotong
1 sd ketumbar biji- tumbuk (akak letak)
2 tangkai daun kari
Garam kunyit
Gula, garam dan serbuk perasa
1 biji bawang - potong bulat (akak letak)


Bahan-bahan bertanda * dikisar kasar. Ketepikan.
Paru di gaul dengan garam dan kunyit kemudian digoreng sehingga garing – ketepikan.
Buang minyak gorengan paru (sebab dah hitam) dan gantikan dengan minyak baru.
Tumiskan bahan kisar bersama cili merah dan daun kari. Kacau sekali sekala sampai naik bau dan sedikit kekuningan.
Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing.
Masukkan paru dan gaul sebentar sehingga cili meresap dan sebati dengan paru. Sedia dihidang.
Nota Kaki : Bahan-bahan boleh dikurang atau dilebihkan mengikut citarasa masing-masing. Resepi sekadar panduan kepada anda. :-)

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...