followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, February 13, 2012

TALAM ROTI PAUN



kuih talam ni adalah kuih yang kedua akak buat untuk di bawa ke surau... kuih talam ni sangat sedap dan lembut! ada dari rakan JW yang request suruh mengajar dorang... insyaallah.. akak ni bukannya pandai sangat.. hanya sekadar ingin menjamu rakan rakan dan bawa untuk hidangan ustaz jemputan di surau je..

RESIPI TALAM ROTI PAUN
Yatie / cf.asma

LAPISAN BAWAH:

13 keping roti putih Gardenia- di carik2
2 biji telur
50 gm raisin-Yatie tak letak
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
150 ml santan pekat
300 ml air
1/4 sk vanilla essence

Cara-caranya
Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
Kukus selama 25 minit.
Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
(Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)

LAPISAN TENGAH:

1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
2 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara-cara
Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)

LAPISAN ATAS:

1/2 cwn tepung kastard
1/2 cwn gula halus
1/4 sk garam
1/8 sk vanilla essence
3 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna merah/oren (tak letak pun takpe) - akak letak kuning

Cara-caranya
Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

3 comments:

  1. salam K.norlie..dah ramai yg mencubanya.mesti best ni kan.Masuk dlm list dulu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Norlie,
    cantik kuih talam roti paun ni..mmng sedapkan..yatie pun suka sngt kuih ni..tq sudi mencuba..bingka suji kat bawah tu pun buat yatie terliur je...mesti dah abeskan,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus di cuba jugak minggu ni.... tq kak norliee...

      Delete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...