inilah roti john untuk bekal anak bawa balik ke rumah sewanya di Casa Prima di Seberang jaya... buat simple je..
RESIPI ROTI JOHN
10 pcs roti bun panjang - belah tengah / melintang x putus
4-5 biji telur - kocok sikit
bahan inti :
1 bungkus daging - cincang
1-2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
sedikit serbuk kari
daun sup - jika suka
garam dan sedikit serbuk Knorr
sedikit minyak tumis
cara : di tumis hingga kering
* jika perlu boleh tambah sedikit air ketika menumis.
cara penyediaan Roti John :
campurkan inti yang siap di tumis ke dalam telur
sediakan kuali leper non stick.
panaskan sedikit mentega.
tuangkan bancuhan telur 1-2 senduk kedalam kuali.
bukakan roti dan tekapkan roti pada telur. tekan sikit roti tu.
bila adunan roti dah melekat pada roti bolehlah di angkat.
bolehlah di masukkan hiasan dalaman.
hiasan : (boleh pilih ikut suka)
salad
cili sos
mayo
hirisan timun
hirisan bawang bulat
coleslaw
** oleh kerana anak nak bawa balik jadi akak hanya letakkan sos cili sahaja. (bawa untuk makan bersama rakannya)
singgah balik blog akak dan follo skali...salam perkenalan...
ReplyDeletesalam kenal k Norlie...sy pon slalu buat roti jon camni..esp bulan pose...lg puas rasanya..
ReplyDelete