followers

salji

waktu

bird terbang

Sunday, February 5, 2012

KARI IKAN


hari ni masak simple je sebab nak cepat beres.. sebab ada hal lain nak buat... sebenarnya akak nak pergi klinik 1 malaysia.. akak x sihat sikit.. sebenarnya sejak dari raya cina dulu... dah makan ubat tapi maintain cam tu jugak.. harini akak ambil keputusan g klinik.. 


RESIPI KARI IKAN


4 potong ikan (sebarang ikan)
tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
1' halia 

2 sb serbuk kari ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
sekeping asam keping
2 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak menumis

1 biji tomato - belah 2

panaskan minyak
masukkan setangkai daun kari dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
masukkan serbuk kari serta setangkai daun kari lagi dan masak hingga terbit minyak dan masukkan sedikit air. kacau rata.
kemudian setelah berbau harum masukkan santan pekat, air asam jawa dan sedikit air lagi.
biarkan mendidih dan masukkan ikan potong tadi serta garam.
didihkan sekali lagi dan masukkan tomato segar dan cili api tadi.
bila benar benar masak tutup api. bolehlah dihidangkan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...