akak ni sebenarnya suka sangat buat kueh kueh ni.. di samping dapat menguji diri... hehehe.. tapi memandangkan akak dah tinggal berdua je.. jadi malaslah nak buat buat ni.. sebab kalau buat terpaksa buat seloyang wp setengah adunan.... anak yang belajar di U berdekatan pun kadang kadang je balik wp dia boleh berulang alik dari umah, dekat je.. dengan basikal pun boleh!
oleh kerana ada majlis penceramah jemputan maulidul rasul di surau berhampiran.. akak rasa nk melepaskan gian membuat kueh kueh... inilah kueh yang pertama akak buat untuk di bawa ke surau.. resepi yang mudah.. dan sedap. akak pun ada juga koleksi bingka suji ni tapi x campur mentega.. saja nak tukar selera dengan resepi yang ini pula.
untuk pengetahuan semua.. mentega dalam resepi ni akak cairkan dulu setelah sejuk akak masukkan ke dalam adunannya.. inilah hasilnya.. agak moist sikit.
RESIPI BINGKA SUJI
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
110 gram gula (boleh tambah lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega - akak cair dan sejukkan dulu
30 gram tepung gandum
pewarna kuning
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega.
Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur.
Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan.
Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...
yum...yum..
ReplyDelete