followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, February 11, 2012

CUCUR SUSU LEMAK MANIS


hari awal lagi dah masukkan resepi sarapan pagi akak pagi ni... somi balik dari surau nanti dah siap terhidang..
resepi ni akak tukarkan susu segar / cairkan kepada susu coklat UHT sebab tulah warne gelap sikit... jemput makan...

RESIPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS

Bahan-bahan ( 1 famili )

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair (akak letak susu coklat)
garam secukup rasa
Cara-cara

 Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
 Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan... :)
Angkat cucur dan hidangkan.

3 comments :

  1. Gebus-gebu-montel-bulat eh.... mesti best. Kakak mula tengok gambar tadi ingatkan apam tau sebab gebu betul...

    ReplyDelete
  2. SALAM kak norlie ... comelnya bulat2 .. wani macam kekok je nak buat mulat2 macam ni hihi ... tentu sedap ....

    ReplyDelete
  3. kalau nk buat mulat mulat cam ni jari kena basahkan dengan air.. x mau kering tau...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...