followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, February 9, 2012

AYAM POP


sebenarnya akak nak try sangat makan ayam style indonesia ni... bila akak masak rupanya memang sedap.. isinya lembut sangat.. rasanya pun ade kelainan dari ayam yang di goreng biasa.. makan bersama sambal belacan indonesia tapi anak akak suka cicah dengan cili sos je...

RESIPI AYAM POP
myr

Bahan-bahan ( 4-6 org makan (seekor ayam) )

Ayam kampong 1 ekor potong 4....kat mydin ada jual.. Akak buat ayam biasa 1/2 ekor je(mana ada maidin!)
8 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu makan cuka
garam secukupnya
air kelapa dari 2 biji kelapa
minyak utk menggoreng

Cara-cara

tumbuk bawang putih. (blh juga blend)
sapu & ratakan pada ayam.
Masukkan air kelapa, cuka, garam, serai yg diketuk dalam periuk & kacau.
Masukkan pula ayam & perap selama 2/3 jam. (akak x perap sbb x sempat!)
Selepas perap, rebus ayam hingga air kelapa hampir kering.
Goreng ayam dlm minyak yg panas.
Goreng utk 1-2 minit sahaja. Jangan terlebih garing.
Sedia utk dimakan bersama nasi panas.


Cicah dgn SAMBAL BELACAN INDONESIA.


Bahan-bahan ( 4-6 org makan )

5 biji cili merah atau segenggam cili padi
1 biji tomato dipotong wedges
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar dipotong wedges atau 6 ulas bawang merah
jus limau nipis daripada 1 biji saja
garam secukup rasa
gula perang atau gula pasir secukup rasa
2 inci belacan dibakar dulu
Cara-cara

Goreng cili, tomato, bawang putih, bawang besar separuh masak.
Keluarkan dari minyak, blend kasar2 atau tumbuk bersama belacan.
Masukkan jus limau nipis, garam & gula. Gaul.
Sedia utk dimakan bersama Ayam Pop yg sudah saya berikan resepi.

sambalnya tercair pulak sikit sebab malas nk tumbuk.. huhuhu

1 comment :

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...