followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, February 22, 2012

KEK BATIK ARORA


boleh dikatakan semua blog yang forfular dah buat kek ini.. akak nampak rakan fb pun dah ramai yang mencubanya.... akak pun x mau ketinggallan gak.. hehehe... gebus je kek ni kannn.... selain dari kek kacang tanah.. kek batik arora ini juga adalah antara kek yang akak buat semalam... buat 3 jenis sebenarnya.
kek ni mr hubby bawa ke pejabat hari ni...


RESIPI KEK BATIK ARORA
ady/ita masam manis/Cida dan ramai lagi..


KEK BATIK ARORA
By : Cida

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah


Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper

Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan


Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer
Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk

Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

4 comments:

  1. salam kak...mmg meriah kaler kek ni, geram pulak nengoknya...

    ReplyDelete
  2. salam norlie
    cantiknya kek norlie buat nie kenapa tak potong..leh kak tgok dlmnya..dan nak minta sikit nak rasa..hehehe mmg ramai dah buat kak tergoda juga tapi kak buat kek yg senang jer..tekak kak rasa nak makan kek sejak sembuh dari pantang...huhuu tahniah cantik kek tuuu

    ReplyDelete
  3. as-salam
    mmg cantik kek Arora tu...acuan kek tu pun cantik...

    ReplyDelete
  4. askum kak....cantiknyer kek arora nie,ingat nk cuba jugalah...

    ReplyDelete

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...