masa kecil kecil dulu ayah selalu masak gulai masam ni.. sedapnya.. teringat hingga kini... alahai.. terkenang zaman hingusan... ayah akak memang suka memasak sebenarnya... bahagianya seorang isteri seperti emak ketika itu sebab ayah suka memasak dan pandai memasak... bukan kerana emak seorang pemalas tapi emak sibuk mengambil upah menjahit ketika itu... sebenarnya emak juga pandai memasak di rumah orang kenduri... cuma akak ni je yang tidak berapa pandai memasak tapi x pe.. Allah kurniakan akak mempunyai minat untuk mencuba... hehehe akhirnya terbitlah sebuah blog ni... hehehehe..
RESIPI GULAI MASAM
4/5 ekor ikan kembung/biji nangka,ikan2 air tawar spt keli
2-3 biji cili merah - akak tambah
2 bj bwg kecil-dihiris
1/2 inci halia-dimayang - akak x bubuh
2 bj tomato (belah 4)xde pn xpe - akak x de stok
1/2 biji timun - buang tengah
daun kesum
bunga kantan/umbut kantan
serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk - akak tambah
garam ckp rasa
2/3 kpg asam gelugur - akak tukarkan 1 sb tempoyak
air
Cara-cara
isikan air agak tenggelam ikan,klu suka byk kuah bykn air
masukkan ikn yg tlh dibersihkan,bwg,halia,serbuk kunyit,asam gelugur, kantan & garam
bila kuah dah gelegak masukkan daun kesum dan tomato.biar sekejap,tutup api dan hidang
salam kak norlie, mala suka lauk yg macam ni! untung kan dpt suami yg suka masak :-)
ReplyDeleteAssalam kak saya pun baru belajaq makan tempoyak,selalu jugak buat asam rebus
ReplyDeletetempoyak