followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, February 3, 2012

AYAM KICAP BERSOS


masakan ayam ni akak gandingkan dengan nasi minyak jus oren yang akak masak tadi.. sebenarnya tadi x cukup masa nak menaip resepinya di sini.. kalau copy dari mana2 senang keje sikit...
ayam ni sebenarnya sedap sangat di gandingkan dengan sebarang nasi sebab ia seakan ayam masak merah ?kicap juga.. tapi x guna cili blend.. 
jom kita lihat resepi yang simple ni...


RESIPI AYAM KICAP BERSOS
moh weh ke dapur akak

1/2 ekor ayam - digoreng 1/2 masak dan ketepikan
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sb serbuk cili
2 sb kicap manis
2 sb sos tomato / cili
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili cameron kuning sederhana - potong kiub
1-2 biji tomato -belah 4-6
sedikit air - jika perlu
garam / gula

panaskan sedikit minyak. tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan serbuk cili + sedikit air.
masukkan kicap, semua sos dan ayam. masukkan sedikit air jika masakan terlalu kering. gaul rata hingga semua sebati.
akhir sekali masukkan bawang potong bulat, tomato dan cili cameron dan perasakan dengan garam.
siap untuk dihidangankan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...