sebenarnya akak ade beberapa jenis kek durian yang moist dan gebu ni tapi kali ini akak nak try buat dari resipi kak besah MyR tu. inilah hasilnya selepas kebakaran.. kek gebu dan moist.
sesiapa yang suka makan durian, leh la cuba resipi di sini.
KEK DURIAN EXPRESS
20cm/8x8 griskan loyang
170'C masak 50 minit - 1jam @ bergantung pada oven masing masing
1 1/2 cawan berserbuk penaik* jika guna tepung gandum + 1 st baking powder (akak guna tepung gandum jek)
3/4 cawan gula pasir -blend (akak guna gula caster)
1 biji telur
3/4 cawan bancuhan (dari 3-4ulas durian + susu cair/susu segar/susu tepung pun boleh) - bancuhan jangan terlalu pekat takut kek jadi mampat
1/3 st garam
3/4 cawan minyak
1/2 st ovellate (yang ini akak tambah)
kisar telur, gula, garam dan bancuhan durian hingga gula hancur.
masukkan garam dan putar lagi.
masukkan soda putar lagi.
masukkan tepung ke dalam adunan dan gaulkan dengan spatula hingga sebati.
tuang dalam loyang dan bakar
* kak besah MyR
No comments :
Post a Comment