followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, March 28, 2011

PUDING ROTI MARLE


ni puding roti marble yang siap di potong untuk dibawa balik ke kampung sabtu dulu di samping tu nak menjenguk anak yang belajar di Pematang Pauh. jadi akak buatlah puding ni untuk dia. akak cuma makan sepotong je sebab nak bawa buah tangan.. sedap jugak ni..



RESIPI PUDING ROTI MARBLE - KUKUS

12 keping roti putih - di siat siat
2 cawan susu sejat/susu segar @ campurkan kedua dua susu
4 sb susu manis
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb mentega/marjerin
1 sk vanila
1/4 sk garam
100g choc cair/1 sb serbuk koko (untuk marblekan) *ppewarna kuning/merah/hijau (untuk buat pelangi)

campurkan kesemua kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk dan kisar hingga halus.
kenudian bahagikan kepada 2 bahagian
:1 bahagian + choc
:1 bahagian di biarkan plain
dan tuangkan di dalam loyang yang sudah bergris secara berselang seli hingga habis dan jika suka bolehlah lorek ikut kreatif sendiri.
kukuslah puding ini selama 30-35 minit
sejukkan dulu barulah di potong

*k.besah MyR

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...