telah banyak kali akak mencuba resipi NASI AYAM namun hanya nasi ayam ini yang sedap dan sesuai dengan selera kami sekeluarga terutama my hubby. nasi ayam ni akak masak di rumah kakak ipar, segala perbelanjaan untuk membeli semua bahan hubby yang sediakan jadi agak cerewetlah sikit,kena ikut selera dialah jawabnya. ketika shopping di carrefour Seberang Jaya puaslah mencari aluminium foil x jumpa, akak cakap dengan hubby.. kalau x jumpa gak.. kita buatlah ayam yang jenis di goreng jek.. tapi hubby tetap x mau, degil nak cari foil juga.. akhirnya dapat juga jumpa.. senyum melereklah.. :B))
NASI AYAM ni special sebab ia mirip dari nasi ayam cina tapi bukan nasi ayan hainan tu lain.. kerana ia tidak menggunakan banyak bahan. akak hanya menggunakan bawang putih sahaja untuk menumis sup dan nasi, sos dan ayam. pendek kata resipi akak very simple.., x campur bahan penumis 4 sekawan, serai, bawang merah dll seperti setengah dari masakan melayu. ternyata masakan yang serba ringkas ini lebih sedap dan jimat sikit dari segi bahan yang lain.
resipi ni nampak je rumit tapi senang je..simple dan ringkas!!
lebih senang kerana kita hanya bakar saja ayam tu..sambil tu boleh buat keje lain.
x percaya trylah...
STOK AYAM
ayam di bersih dan potong 4- jangan di buang kulit dan di rebus jangan terlalu lama bersama dengan leher(kerat pendik pendik) dan lemak ayam. masukkan sedikit garam dan bahan perasa jika suka. bila ayam masak angkat dan toskan .ketepikan.
NASI AYAM
6 pot tin susu beras - di bersihkan/toskan
6 ulas bawang putih
5 helai daun pandan
stok ayam secukupnya
garam
bahan perasa - jika suka
sedikit minyak dan planta untuk menumis
1-2 titik pewarna kuning - jika suka
tanak nasi dengan stok ayam secukupnya (jangan banyak air).masaklah dalam rice cooker.
sementara itu panaskan minyak/planta.
tumiskan bawang putih bersama daun pandan hingga berbau wangi dan masukkan garam.
lalu tuangkan kesemua ke dalam nasi, kacau sebati. jika nak bagi nasi warna kuning masukkan bebarapa titis pewarna kuning tapi jangan banyak sangat! x bubuh pun x pe..no hal..
* ketika menghidang taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng
* ketika menghidang taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng
AYAM PANGGANG MADU
2 ekor ayam sederhana besar - di bersihkan dan di potong 4 kemudian di rebus untuk mendapatkan stok ayam (rujuk di atas)
6 ulas bawang putih
kicap pekat
sos tiram
sos cili
garam
serbuk perasa - jika suka
madu
sedikit rempah lima (masakan cina untuk nasi ayam dorang masukkan) - xde xpe.
lumurkan ayam yang sudah di toskan satu persatu hingga habis kesemuanya. peraplah ayam lebih kurang 1jam @ lebih. jika lama perap lagi sedap.
sementara itu sediakan loyang untuk membakar ayam.
letakkan aluminium foil ke atas dulang dan sapukan planta hingga rata. tujuan jangan bagi ayam nanti melekat.
setelah ayam di perap susunkan ayam (jangan di tindih) ke dalam loyang dan tutup semula ayam dengan foil - juga telah di sapu planta (x perlu di kemaskan foil tu- cukup sekadar letak untuk tutupkan ayam saja).
bakarlah 200'C selama 30 minit.
setelah oven berbunyi keluarkan dan terbalikkan ayam tadi masukkan ayam semula ke dalam oven (x perlu di tutup dengan foil atasnya)
bakarlah selama 30 minit lagi.
siap proses pembakaran!
*kerat keratkan ayam panggang tadi lalu baringkan pisau dan tekan sedikit ayam itu supaya isinya senang di makan.
siramkan sos kicap ke atas ayam panggang.
SOS KICAP
lebihan sos dari perap ayam tadi di masak dengan bancuhan air tepung jagung jika pekat campur sedikit air.
* sos kicap ni pada siapa yang suka pedas boleh di campurkan cili. jika nak beri anak anak makan sos ni dah sesuai.
SOS CILI
kisar:
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili api (ikut suka banyak mana)
6 ulas bawang putih
cili sos
garam gula
perasa - jika suka
minyak
masak hingga agak kering bahan blend.
masukkan cili sos, garam gula kacau hingga mendidih dan masak hingga hampir pekat.
setelah masak tutup api dan masukkan minyak lalu di kacau hingga sebati.
siap.
SUP KOSONG
lebihan dari stok ayam untuk memasak nasi (jk air kurang tambah air lagi)
sedikit bawang putih - di tumbuk
sup bunjut - jika suka } pilih salah satu
perasa - jika suka }
garam
daun sup/bawang
bawang goreng
sedikit minyak menumis
panaskan sedikit minyak.
tumiskan bawang putih yang di tumbuk hingga naik bau lalu di tuang ke dalam baki stok ayam untuk nasi tadi..
masak air sup ini hingga mendidih.
sesuaikan rasanya dengan garan dan bahan perasa.
jika terdapat lemak ayam di dalamnya sup bolehlah di buang keluar dari sup ini. (sebaiknya biar kosong kecuali leher ayam sayang nak di buang!)
*ketika menghidang barulah di taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng tadi.
BAHAN SAMPINGAN UNTUK NASI AYAM:
salad/kobis - di hiris halus
timun - di potong serong
tomato - di potong bulat
No comments :
Post a Comment