followers

salji

waktu

bird terbang

Thursday, March 24, 2011

GULAI IKAN MASIN TUMIS DARAT

ASSALAMUALAIKUM... semua..


Ini menu harini.. menu bese bese je... dah lama akak x masak kari ikan masin ni.. ramai orang yang dah pandai masak ni terutama orang di sebelah utara memang forfular dengan masakan ni. akak ni sebenarnya hanya setakat boleh masak je..nak tahu pandai lebih lebih tu.. maaf le.. akak bukannya pandai sangat di bidang masakan ni.. cuma akak ni suka mencuba dan mencuba.. itu je..hihihi


RESIPI GULAI IKAN MASIN TUMIS DARAT

1 ekor ikan masin yang sedang - di kerat kerat
2 biji terung - (akak guna terung bulat) di belah 4 dan di tengah terung di belah x putus
2 sb kari ikan
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya
sedikit garam

masukkan ikan masin yang di kerat ke dalam periuk. di ikuti dengan serbuk kari, santan, air secukupnya lalu di jerangkan di atas api hingga mendidih. masukkan terung dan garam.*(hati hati sebab ikan masin dah masin). masak hingga terung empuk. tutup api dan ketepikan. 

sementara tunggu mendidih sediakan bahan untuk di tumis seperti berikut :-

1 biji bawang besar - di mayang
1 st rempah campur
2 tangkai daun kari
sedikit minyak menumis
* 1 ulas bawang putih }jika suka
* sedikit halia            }

 panaskan minyak di dalam kuali tumiskan semua bahan hingga wangi. bila dah kekuningan angkat kuali lalu di dicurahkan semua ke dalam periuk tadi bersama dengan minyaknya sekali.
lalu tutuplah periuk lebih kurang 5 minit.
setelah itu buka tutup periuk, kacaukan sebati gulai tumis darat ini hingga sebati.
bolehlah di hidangkan.

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...