followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, March 12, 2011

NASI TOMATO


ASSALAMUALAIKUM....


nasi tomato ni memang dah jadi masakan rasmi keluargaku. semua suka. bila semua suka lagi sukalah akak memasaknya.. kadang kadang sebulan 2 X mesti akak masak nasi ni lebih lebih lagi kalau anak anak balik berkumpul di umah. makan ramai ramai lagi syokkan... 
kali ni akak gandingkan dengan ayam masak merah dan ayam goreng berempah. memang layannnn.. sekarang ni pun dah masuk cuti penggal sekolah tapi x dengar pun ada orang buat kenduri kahwin.. kalau kempunan sangat nak makan masakan orang kenduri x yah risau daa.. akak masak ni pun lauk pauk orang kenduri gak.. jemputlah makan adik kakak abang... Bismillah..


maaf.. resipi ini akak x de sukatan yang tepat. mak sedare akak ajar dulu pun memang hanya beritau secara lisan.. akak buat pun ikut imagine akak je...tapi bila dah selalu buat, semua jadi senang dan main campak campak je.. xpelah..akak peturunkan sedikit ilmu untuk warisan anak cucu akak nanti. main agak agak je ni.

RESIPI NASI TOMATO

2 pot beras (akak guna beras biasa je) - di bersihkan campur air secukupnya untuk tanak nasi seperti biasa dalam rice cooker hanya kurangkan sikit air saja untuk masuk bahan penumisnya nanti.

penumis 4 sekawan:
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
sedikit kulit kayu manis

1/2 cawan mentega + sedikit minyak untuk menumis
beberapa helai daun pandan - di kerat 3 bahagian (akak x suka simpul)

1 biji bawang besar } di mayang
2 ulas bawang putih } halus
2" halia - tumbuk dan ambil airnya saja +- 1/4 cawan

2 sudu garam @ secukupnya

1/2 botol kecil tomato sos- akak guna life brand (akak x suka + tomato puri sebab warna nasi jadi gelap)
1 biji tomato segar - belah 4/6

hiasan:(pilihan sendiri)
karat/sayur campur
kismis
bawang goreng - tabur
daun sup - hiris

panaskan minyak campurkan planta.
tumiskan bawang hiris bersama 4 sekawan, daun pandan masak hingga wangi dan masukkan garam secukupnya.
setelah itu angkat kuali dan tuangkan terus semua sekali ke dalam rice cooker (ketika nasi sedang di tanak)
masukkan tomato sos dan buah tomato segar. kacaukan nasi dan tutup periuk.
bila nasi hampir kering masukkan kismis, karat/sayur campur jk suka dan gaulkan sekali lagi nasi yang hampir masak.
tutup periuk dan tunggulah hingga masak.
ketika menghidang taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup di atas nasi.

*sedap di makan dengan ayam masak merah,dalca,jelatah dll.

* MASURI(mak Yang) taman maju.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...