followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, March 30, 2011

CEKODOK PISANG ABU

ASSALAMUALAIKUM.. 

bersua kita sekali lagi di sini.. Alhamdulillah..
semalam saya tidak dapat ke udara kerana kurang sihat sikit.. xde ATVT masak masak pun di umah. hanya berehat dan makan ubat mengikut masa yang di tetapkan saja. sesekali akak buka juga tenet ni. rindu pulak kalau x buka! hahaha..

CEKODOK PISANG ABU yang sedap. semalam pun akak x larat nak masak. pagi semalam pun my laling yang buatkan PISANG GORENG (gambar sebelah). terima kasih ye.. kerana perihatin. tu yang sayang!! nampaknya hari hari makan produk pisang..hahaha..kerana menghabiskan stok pisang pemberian kakak angkatku.. 
kalau rajin akan muncullah produk pisang yang lain pula...Insyaalah.. tunggu dan lihat.

CEKODOK PISANG ABU

10 biji  pisang abu (lenyek)
1 sb butter
4 sb susu pekat
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

campurkan semua dan di gaul hingga sebati.
panaskan minyak.
jemput jemputkan ke dalam minyak panas dengan tangan yang basah.
balik balikkan dan bila masak angkat dan toskan.
sedia untuk di hidangkan panas panas.

*zsrina MyR

No comments :

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...