followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, March 12, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH


ketika menggoreng ayam ni fuuuhh..harum semerbak umahku..ngalahkan macam nak buat kenduri!! kena pulak masak nasi tomato pun sememang berbau wangi. aduuhh.. terasa lapar perut ku... anak dan my laling entah beberapa kali masuk ke dapur. bukan nak menolong ku masak tapi nak meratah ayam goreng ku ni..huhuhu..
masak ayam goreng berempah ni memang power. sedap bangat! patut la my laling request masak ini lagi. anak anak pun kata sedap. dah banyak resipi ayam goreng akak cuba tapi masak ayam ni yang paling best. x rugi sapa mencubanya. resipi ini dari pakar masakan catering yang paling fofular di mesia ni.. x lain x bukan dari resipi Pak Engku tu lah... kalau nak belajar bagaimana cara membuatnya jom lah kita ke dapur akak. bahan pun dah ready tinggal nak buat je tu.. 
K jom..


nampak sedap x?.. ermm memang power rangers!

RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH

1 ekor ayam di potong 16 ketul - di bersihkan dan di toskan
4 labu bawang merah }
6 batang serai          }blend
2 tongkol lengkuas   }
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu kunyit babas
5 sudu cili kering (blend)
1 sb biji ketumbar + jintan manis/putih
sedikit perasa/garam

perap bahan bahan di atas selama 1 jam @ semalaman lagi baik.
panaskan minyak untuk goreng "deep fry" dan gorenglah ayam yang di perap tadi. gunakan api yang sederhana.
bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus.
bila ayam hampir masak masukkan daun kari, cili kering potong dan daun pandan sebagai pewangi masakan ini.
ketika menghidang tabur atas ayam bersama serdak serdak tadi.

bahan pewangi dalam masakan ini:-
5 tangkai cili kering (di potong 3)
5 tangkai daun kari
sedikit daun pandan (di kerat kerat)

* lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

* pk engku

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...