followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, March 4, 2011

SAMBAL TEMPOYAK


sambal tempoyak ni..emmm....sedapnya...salah satu peberatku. makan dengan ikan masin ada ulam timun dan nasi panas emmm layannnn...baunya cukup mengamit selera apatah lagi kalau ada durian baru yang dibuat tempoyak. pada orang yang x suka x boleh nk kata apalah yee..seperti suami akak! dah kahwin dengan akak terima sajalah juadah yang di sediakan oleh akak,tul x. syukurnya suami akak tidak pernah komplen wp dia x suka! asalnya anak suka tempoyak lama kelamaan terjangkit dari peel ayahnya..huhuhu. setiap kali akak buat masakan yang menggunakan tempoyak pastinya akak x lupa menyediakan makanan lain untuk dia dan anak anak.yang membuat akak suka.. menantu akak orang kelantan suka dengan tempoyak yang akak buat.adalah geng akak.. hahaha...

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK PERAK
(x perlu masak)

cili api (sebaiknya campur dgn cili merah sikit)
garam
ikan bilis
belacan-pada yang suka tp akak x campur
tempoyak manis (jgnlah yg baru sgt)

tumbuk cili garam sampai lumat masukkan ikan bilis yang sudah di bersihkan,tumbuk jangan terlalu lumat sangat dan bolehlah di gaulkan dengan tempoyak..

*sediakan ulam ulaman dan nasi panas.
*kalau tempoyak rasa masam ketika menumbuk bubuh sdkt gula yee..(cover rasa masam tu)

No comments:

Post a Comment

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...