followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, March 23, 2011

BAWAL SWEET SOUR


ASSALAMUALAIKUM..


ingatkan hari ni x sempat nak masak, sebab pagi tadi gi hospital ambil darah je, sangkakan balik lambat, mesti beli lauk tunjuk sebab ramai orang di hospital tadi rupa rupanya pukul 10.30 pagi dah balik umah. sempat juga akak singgah beli barang sikit di TF tadi. sampai umah akak pun terus godek godek masak mana yang patut. hahaha.. nilah hasilnya masak harini.. x lah susah mana pun.. goreng ikan, masak sosnya dan siram atas ikan.. nak resipi nanti akak masukkan ye..

RESIPI BAWAL SWEET SOUR

1 ekor ikan bawal di lumur dengan serbuk kunyit dan garam lalu di goreng dan ketepikan.
1/2 biji cili benggala kuning dan hijau - di dadu
1 biji tomato segar - di dadu
1/4 biji timun jepun - di dadu
5-10 biji cili api - di hiris
1 biji bawang besar - di dadu
1 ulas bawang putih - di ketuk
1/2 in halia - di hiris panjang
1/2 sb serbuk cili  dibancuh dengan sedikit air
1 sb cili sos
2 biji limau kasturi - ambil jusnya.
sedikit garam dan gula
daun limau purut
daun ketumbar - di hiris

penumis/di tumbuk:
1/2 biji bawang 
1ulas bawang putih
sedikit minyak tumis

panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan serbuk cili, bawang besar, bawang putih dan halia. kacau hingga sebati dan masukkan semua bahan dadu yang lain. kacau rata dan masukkan cili sos, daun limau purut, jus limau. kacau lagi dan masukkan garam gula secukupnya. last sekali masukkan daun ketumbar. tutup api.
letakkan ikan di dalam piring lalu siramkan sos sweet n sour ke atas ikan. taburkan lagi daun ketumbar di atas ikan.
sedia untuk di makan

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...