followers

salji

waktu

bird terbang

Saturday, March 12, 2011

AYAM MASAK MERAH


rata rata semua orang memang teror masak lauk ni. akak nak letak resipi di sini pun malas dan malu.. sebab masakan ini paling popular dan dah biasa bagi setiap orang.. tapi x pelah, akak letakkan juga untuk diri akak dan rujukan untuk anak cucu di masa akan datang! (akak belum bercucu lagi tau..) masakan ni akak masak dengan cara yang senang dan mudah. bagi akak ianya sedap. kenalah pada selera akak. pada oranglain kalau nak tau rasanya nampaknya kenalah cuba sendirilah yee..

kalau nak try masakan ini jom lah ke dapur akak sekarang..balik nanti bolehlah beli ayam dan trylah buat di umah  k.. jom.. jangan lupa bawa kertas dan pen tau!


di sini akak sediakan bahan bahan untuk masakan ni

RESIPI AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam - di potong kecil dan di bersihkan lalu di gaulkan garam dan kunyit.goreng 1/2 masak.
6 biji bawang merah   }
2-3 biji bawang putih } di mayang
1" halia                      }
2 sudu cili serbuk
1 mangkuk kecil sos tomato 
air secukupnya
garam gula
minyak untuk menumis

 hiasan - jika suka
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji tomato - potong baji

panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam td.
tumislah bahan yang di mayang hingga naik bau.
masukan cili serbuk dan sedikit air.
masukkan ayam dan gaul hingga ayam sebati.
tuangkan sos tomato dan biarkan hingga mendidih.
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
* jika suka bolehlah masukkan bawang bulat dan buah tomato sebagai hiasan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...