followers

salji

waktu

bird terbang

Friday, May 20, 2011

IKAN BAKAR SUMBAT TEMPOYAK


anak teruna kembar yang kurang suka tempoyak pun suka! lepas makan siap tanya ma masak ikan apa ni...? sedap, ada kelainan rasa ikan bakar tempoyak ni.." mamanya apa lagi dah anak kata sedap kembanglah hatinya... ekekeke.."

* sebenarnya akak bakar ikan ni bungkus dalam kertas foil je dan letak dalam kuali dengan sedikit minyak hingga 1/2 masak kemudian akak masukkan dalam oven je..10-15 minit/200'C.


RESIPI IKAN BAKAR SUMBAT TEMPOYAK

6 ekor ikan cencaru - 1.5kg (guna ikan kembung lg sedap)
2 senduk tempoyak yg pekat (buatan sndiri, yg beli tu agak cair)
1 batang cili merah, 15 tangkai cili api kampung, 5 biji bawang merah - dihiris/dimayang
2 kuntum bunga kantan (elok yg kincup) - dihiris haluuus(akak xletak sbb xde)
2 batang serai - dihiris haluuus.
sedikit ikan bilis tumbuk (x bubuh pun x pe)
1 biji tomato - dicincang
1/2 sudu teh puri asam jawa(asam jawa extra)-opt                        

garam gula secukup rasa.
Cara-cara

ini lah bhn2 yg diperlukan;
ikan dibelah belakang, setelah bersih, di lumur garam kunyit - ketepikan.
gaul semua bahan2 hiris hingga sebati.
campurkan tempoyak, gaul sebati, rasalah asam garamnya. ( suaikan rasanya). tambah cili api jika kurang pedas.
sumbat sambal tempoyak ke dalam perut ikan penuh2.
ikat ikan dgn benang kapas 3 lapis supaya isi ikan tak meleding bila di goreng. jika di bakar x pyh ikat pun x pe..
*bungkus ikan dgn daun pisang & bakar hingga masak @  goreng dlm sedikit minyak dalam kuali, jk nk cepat..hehe..



* ekor ikan akak dah terkontot.. tercabut masa nak keluarkan ikan dari kertas foil.. hihihi

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...