followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, May 23, 2011

PENJAN UBI KAYU

penjan ubi kayu ni sebenarnya.. bukan akak yang masak tapi ni adalah pemberian dari jiran belakang umah.. sedap sangat penjan ni. dah lama akak x buat penjan ni.. walhal bukannya susah mana pun membuatnya. dia beri akak penuh 1 tware tapi yang ni je yang sempat akak ambil gambarnya gara gara sedap sangat sampai terlupa semuanya..

RESEPI PENJAN UBI KAYU

ubi kayu - di rebus hingga empuk dan lembut dan toskan
gula putih
gula merah 
sedikit garam
sedikit air - sekadar nak melarutkan gula

masak gula bersama air hingga gula cair dan mendidih(seperti air gula yang pekat)
masukkan ubi yang di rebus dan gaul secara balik balikkan ubi hingga semuanya rata dan sebati.
tutup api dan sedia untuk di hidang.

* kemanisan ikut citarasa.. jangan sampai terlebih gula
* boleh buat guna putih sahaja tapi penjan ubi ni bewarna gula putih sahaja
* boleh di campur kedua dua gula dan masak bersama.


4 comments :

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...