kalau masak pajeri nenas ni di bulan pose adalah penyelamat untuk makan bersahur sebab ada rasa masam manis nenas ni yang boleh membuka selera akak.. kalau setakat masak kari je adoii.. memang nak buka mulut pun x larat!!
jangan terkejut ye.. melihat pajeri akak ni 2 in 1!! sekiranya ada yang sudi boleh la mencubanya.. ada kelainan sikit sebab ada udang sederhana besar dan udang kering.
PAJERI NENAS
1/2 biji nenas _ dipotong sekeping dam di belah tengah
tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1" halia - hiris panjang
rempah 4 sekawan
2 sb rempah kari daging
2 sb udang kering
2 sb udang kertas
1 cawan santan
sedikit air
1 sb kerisek
garam & gula
sedikit gula melaka
minyak menumis
panaskan minyak tumiskan 2 sekawan, masukkan bahan tumbuk hingga wangi baunya masukkan rempah yang telah di campur sedikit air. masaklah sehingga terbit minyak dan masukkan udang kering. masaklah hampir kering sedikit kemudian masukkan santan, nenas yang di potong nipis.
bila mendidih baru masukkan udang, biar sekejab hingga udang bertukar warna.
masukkan gula merah, kerisek, garam gula secukup rasa.
didihkan sehingga terung empuk dan terbit sedikit minyak.
sedia untuk di hidangkan.
No comments :
Post a Comment