masa baru masak terlupa nak ambil gambar.. bila bahan hiasannya dah mula habis dan laksa pun dah tinggal sikit baru teringat nak ambil gambar.. geram pulak hati ku huhuhuhu...
tengok gambar di atas dah terpaksa merebus spaghetti sebab laksa basah dah habis. laris juga laksa ni.. sayang.. kuah laksa ni masih banyak dan pekat!
* semasa gambar di ambil lupa letakkan sambalnya...
* semasa gambar di ambil lupa letakkan sambalnya...
yang ni masih ada laksa lagi tapi bahan hiasan dah x mencukupi pulak.
resepi ni akak ambil dari ita masam manis huh.. memang kelas laksa ni.. akak siap tapaukan untuk kenalan akak, dan siap dapat pujian lagi kerana laksa basah ni amat sesuai dengan kuahnya yang pekat.. akak pun x sangka... sedap sangat! terimakasih pada kengkawan yang memuji tu..
LAKSA SINGAPURA
by: Pn Asmah Laili
2 kg mi laksa - dicelur dan toskan
3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai
3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai
300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah
3 biji timun - di hiris halus lidi mancis
Bahan Kuah
1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
6 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)
4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)
1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer
1.25 liter air
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnyer sahaja
250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut
125 ml minyal masak - utk menumis
sedikit garam dan gula.
sedikit belacan - ita tambah
1 kiub ikan bilis - ita tambah
Bahan sambal belacan
30 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu makan penuh belacan bakar
1 biji limau kasturi
Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.
Untuk membuat kuahnyer, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.
Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanyer.
Kemudian masukkan kerisik dan ikan yg telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.
Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.
apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.
setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dgn ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak.
Perlahan2 dgn menggunakan senduk, keluarkan minyak yg terdapat di permukaan kuah dan buang.
Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yg lain.
No comments :
Post a Comment