followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, May 16, 2011

KEK PISANG LEMBAP MARBLE


maaf le.. akak terlewat masukkan resepi, akak bz di dapur tadi.. akak hanya sempatkan masukkan gambar gambar jek.. biasanya.. akak kalau akak letakkan gambar tanpa resepi.., makna akak kena bereskan keje lain dulu @ terpaka keluar umah.. tentang letakkan resepi Insyaallah akak akan letak selagi akak ingat akak tetap akan masukkan juga resepinya di sini.
berkenaan kek ni memang sedap.. x rugi pada siapa yang teringin nak mencubanya lagipun bajet pun x banyak sangat.. akak buat loyang 9"persegi. lain kali kalau akak buat lagi kek ni akak guna 9" bulat baru kek ni nampak tinggi sikit. jika nak loyang persegi akak rasa sesuai 8X8".
jom layan resepi ni...


KEK PISANG LEMBAP MARBLE

Bahan2
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus


  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...