followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, May 17, 2011

KACANG SOYA GORENG



kekacang ni sedap makan sambil menonton tv @ waktu sedang santai.. jom apa lagi jom lah kita berlawan krup krap krup krap... hehehehe


RESIPI KACANG SOYA GORENG
k.fida

Bahan-bahan ( 1/2 kilo )

  • 500g kacang soya
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit atau kari
  • 3 ulas pes bawang putih (lebihkan jika suka atau tak bubuh pon tak apa)
  • 2 pelepah daun kari
  • secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1.  Cuci bersih kacang soya dan rendam dalam secukup air selama 1 jam.Toskan.
  2. Satukan kacang soya tadi dengan bahan2 yang lain secukup rasa.Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng kacang soya sambil dikacau2.Kecilkan api apabila kacang kelihatan mengecut menandakan akan masak dan garing atau boleh rasa sebiji untuk menentukan kacang goreng dah garing.
  4. Angkat kacang goreng dan toskan di atas kertas serap minyak.Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.


poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...