followers

salji

waktu

bird terbang

Wednesday, May 4, 2011

KARI AYAM BERIANI

masakan kari ayam beriani ni memang sedap.. x rugi akak mencubanya. rasanya tentulah x sama dengan kari ayam yang biasa kita masak tu sebab ni ada campuran serbuk beriani, sos cili dan tomato. memang sedap.. kalau di cicah dengan roti jala pun rasanya sedap! 


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 sudu lada hitam - dikisar
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis :
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun pandan
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 4 sekawan bahan tumis
  • Sedikit minyak




 Cara-cara :
  1. Tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, kacau sebati.
  3. Masukkan rempah kari, rempah beriani, cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau sebati
  4. Masukkan 2 cawan air, kacau dan biar mendidih.
  5. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa, kacau dan masak hingga ayam empuk dan pecah minyak.
  6. Masukkan susu segar dan tomato, biar mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...